Kulasegaran wajar dikritik, bukan wakil NGO – Kamil Munim

LocalPolitics
17 Mar 2026 • 6:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian dan Muhammad Kamil (kanan)

SHAH ALAM - Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran yang mengiringi aktivis, Arumugam Dorasamy ke mahkamah wajar dikritik.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, ini kerana beliau mempunyai jawatan dalam kepimpinan kerajaan.

"Dia adalah Timbalan Menteri Undang-Undang, bukan ketua biro perundangan mana-mana punya pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

"Bagaimana anda boleh muncul bersama orang kena tuduh (OKT)," ujarnya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, Arun, 56, ditemani Kulasegaran dan barisan peguamnya tiba di mahkamah bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi WhatsApp.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video yang dimuat naik di Instagram miliknya.