“Kulineran di Penang” – Netizen Malaysia Kurang Senang Dengan Hantaran Aisar Khaled?

12 May 2026 • 3:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft aisar

Seperti yang kita sedia maklum, populariti Aisar Khaled kini dilihat sudah meluas ke negara jiran. Jika diperhatikan dalam video-video sebelum ini, ramai warga Indonesia yang tergila-gilakannya dan mula berkerumun untuk menghampirinnya jika terlihat Aisar ‘turun padang’.

Bahkan Aisar juga dilihat cukup disenangi oleh rakyat Indonesia apabila dia dilihat seringkali menghulurkan bantuan buat mana-mana rakyat Indonesia yang dalam kesusahan. Jadi tidak hairanlah jika Aisar mempunyai ramai peminat dari 2 negara ini, Malaysia dan Indonesia.

Artikel berkaitan: Tersentuh Tengok Guru Mengaji Tahan Lapar & Berjalan Kaki, Aisar Khaled Hadiahkan Motor Serta Taja Umrah

Artikel berkaitan: Sebulan Bergelap Akibat Banjir, Aisar Khaled Bantu Salur Bekalan Elektrik Buat Penduduk Aceh Tamiang

“Pekena Nasik Kandaq bang bukan kulineran Nasi Kandar” – Netizen

Bagaimanapun, hantaran Aisar di Threads baru-baru ini dilihat telah mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen di Malaysia.

Dalam hantaran tersebut, Aisar menunjukkan dirinya sedang menikmati hidangan Nasi Kandar semasa berada di Pulau Pinang, namun dia mennggunakan bahasa seberang yang menjadi penyebab netizen menegurnya.

“Kulineran di Penang Malaysia, Nasi Kandar”

692747909 122243248406040690 7281335900181253588 n

Namun begitu, ada yang menyifatkan bahawa mungkin niat Aisar mahu menumpukan hantaran tersebut kepada para pengikut dan peminatnya dari Indonesia.

aisar aisar 2 aisar 3 aisar 4

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article