“Kulit dia macam baby”- TokTi Kongsi Gambar Selfie Dengan Aktor Popular Korea, Kim Soo-Hyun

Entertainment
17 Nov 2024 • 1:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas, ramai peminat pelakon popular Korea Selatan iaitu Kim Soo-Hyun dilihat telah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut ketibaan pelakon berusia 36 tahun di Malaysia.

Untuk makluman semua, Kim Soo-hyun telah datang ke Malaysia sempena acara konsert Cuckootopia anjuran Cuckoo di Surf Beach di Sunway Lagoon semalam.

Di acara itu, selain Kim Soo-hyun sebagai tetamu jemputan istimewa Cuckoo, selebriti dan artis tempatan seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Joe Flizzow, Siti Nordiana, Jaclyn Victor dan ramai lagi artis lain turut memeriahkan konsert Cuckoo itu.

Namun, apa yang menjadi perhatian peminat ialah apabila Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil TokTi oleh peminat telah berkongsikan selfie beliau bersama Kim Soo-hyun ketika acara tersebut.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen Instagram TokTi, ramai peminat yang bergurau mengatakan mereka jealous dengan penyanyi nombor satu Malaysia itu kerana mereka juga mahu berada dekat dan selfie bersama aktor K-drama Queen of Tears itu.

Menerusi kapsyen Instagram, CTDK mengatakan beliau terpegun dengan kulit Kim Soo-hyun yang mulus seperti kulit bayi dan beliau turut mengatakan beliau tidak berkelip melihat kulit pelakon itu ketika berada di sebelahnya.

Turut kelihatan dalam foto selfie itu ialah Jaclyn Victor, Nabil dan Phei Yong.

Nak selfie dengan Kim Soo-hyun jugakk….

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.