Kumpulan Dolla Teringin Buat Persembahan Di Kelantan, Tiada Niat Nak ‘Jolok Sarang Tebuan’

Entertainment
20 Feb 2023 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kumpulan wanita M-Pop popular tanah air, Dolla telah meluahkan hasrat mereka untuk melakukan persembahan pentas di semua negeri di Malaysia termasuklah Kelantan.

Dolla akui, walaupun ada segelintir pihak yang sewenang-wenangnya mengatakan mereka membawa pengaruh yang tidak baik hanya disebabkan penampilan mereka yang seksi, sebaliknya mereka hanya ingin berkarya dan menyampai mesej yang positif.

Simpan niat nak buat ‘show’ kat Kelantan?

“Sejujurnya, untuk persembahan pentas, kami hanya ikut label punya perancangan. Kalau diberi peluang, kami akan beri persembahan yang terbaik,” kata mereka.

Semasa ditemui media, Dolla memberitahu bahawa salah seorang daripada ahli kumpulan mereka, Sabronzo yang berasal daripada Kelantan berkata, mereka sudah pun bercuti di negeri patuh syariah itu beberapa kali namun tidak melakukan persembahan pentas.

“Menjadi impian kami untuk buat persembahan di seluruh Malaysia termasuk Kelantan sebab kami mahu orang tahu kewujudan muzik kami,” jelas Tabby.

Walaubagaimanapun, dengan budaya, pemikiran atau undang-undang di beberapa tempat atau individu, Dolla menjelaskan mereka tidak pernah terfikir untuk menjolok sarang tebuan namun hanya ingin bekerja sebagai pelaku seni.

Untuk makluman pembaca, negeri Kelantan mengekalkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang melarang persembahan oleh wanita di atas pentas, yang ditonton kaum lelaki.

Namun, kerajaan negeri memberikan sokongan membenarkan persembahan asalkan mematuhi syarat yang ditetapkan.

Sumber: Kosmo

Hmm apa pendapat korang eh?

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved