Kunjungan hormat daripada Setiausaha Persekutuan Sabah

LocalPolitics
22 Oct 2026 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kunjungan hormat daripada Setiausaha Persekutuan Sabah

KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Setiausaha Persekutuan Sabah yang baharu, Datuk Zul Hadi Ahmad, di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, Rabu.

Zul Hadi, 57, dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 16 Oktober lalu, menggantikan Datuk Mohd Razali Wahab yang bersara wajib.

Sebelum pelantikan itu, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Pertanian di Kementerian Ekonomi, dengan pengalaman selama 32 tahun dalam bidang ekonomi, kewangan serta dasar dan perancangan strategik.

Hajiji mengucapkan tahniah kepada Zul Hadi atas pelantikan itu dan berharap beliau dapat memperkukuh hubungan serta kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, khususnya membabitkan jabatan dan agensi Persekutuan di Sabah.

Beliau berkata, kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak penting bagi memastikan penyelarasan dasar serta pelaksanaan program dan projek pembangunan berjalan lancar dan berkesan demi kepentingan rakyat.

Hajiji turut berharap Zul Hadi dapat memainkan peranan berkesan sebagai penghubung antara kedua-dua kerajaan bagi mempertingkatkan koordinasi, memperkemas pelaksanaan agenda pembangunan negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat Sabah terus diberi keutamaan.

Gambar menunjukkan Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved