
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Sarawak serta Sabah sehingga pukul 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Perak, kawasan yang terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Hilir Perak, Larut Matang, Selama, Kerian, Perak Tengah dan Manjung.
“Di Terengganu, amaran berkenaan melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang membabitkan Lipis dan Jerantut.
“Turut terjejas ialah Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang,” katanya.
Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Samarahan, Limbang, Bintulu, Sibu dan Kanowit di Sibu, Maradong dan Sarikei di Sarikei, Miri, Sri Aman, Song di Kapit serta Tanjung Manis, Daro dan Matu di Mukah.
Sementara itu, di Sabah, amaran berkenaan melibatkan Paitan, Labuk dan Sugut, Sandakan, Kinabatangan serta Tongod di Sandakan, Kalabakan di Tawau, serta Pensiangan, Beaufort, Sipitang dan Tenom di kawasan Pedalaman.
MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” katanya.
Amaran berkenaan dikeluarkan pada pukul 5 petang tadi. – KOSMO! ONLINE
The post MetMalaysia ramal lapan negeri dilanda ribut petir appeared first on Kosmo Online.






