Samsung Malaysia akan mengadakan pameran besar di Pavilion Bukit Bintang dari 16 hingga 20 Julai 2025. Melaluinya, pengunjung berpeluang melihat dan mencuba peranti terkini Samsung iaitu Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7 dan Galaxy Watch8.

Jerayawara ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dan mencuba sendiri teknologi baharu dari Samsung. Terdapat ruang pameran interaktif yang mempamerkan fungsi serta ciri menarik pada peranti pintar. Jika perlukan bantuan, petugas Samsung sentiasa bersedia untuk membantu sepanjang acara berlangsung.

Samsung turut membuka beberapa booth pameran khas yang mempamerkan secara mendalam fungsi dan ciri menarik peranti Galaxy terkini. Pengunjung boleh mencuba sendiri teknologi seperti skrin boleh lipat, kamera berkualiti tinggi, serta sambungan pintar antara peranti dalam ekosistem Galaxy.



Booth ini juga menampilkan demonstrasi penggunaan peranti Galaxy yang terkini, membolehkan pengunjung bukan sahaja melihat tetapi turut mencuba sendiri ciri dan teknologi yang ditawarkan. Menariknya, pelancaran jerayawara siri Galaxy ini turut diserikan dengan kehadiran aktor dan model terkenal dari Korea Selatan, Lee Soo Hyuk.


Bagi mereka yang ingin menjadi antara pemilik terawal, Samsung telah menyediakan kaunter pra-tempahan di lokasi acara dengan pelbagai tawaran menarik dan hadiah eksklusif .Pra-tempahan kini dibuka sehingga 31 Julai 2025 dengan harga untuk Galaxy Z Flip7 FE bermula serendah RM3,999. Berikut senarai penuh model dan harga yang ditawarkan :
Galaxy Z Fold7
- Bermula RM7,799 (12+256GB) hingga RM9,899 (16GB+1TB)
- Pilihan warna: Silver Shadow, Blue Shadow, Jetblack, Mint (eksklusif atas talian)
- Rebat: Pendaftaran Minat RM180, Reservation+ RM210, Naik Taraf Storan RM600, Rebat CIMB RM400
Galaxy Z Flip7
- Bermula RM4,999 (12+256GB) hingga RM5,599 (12+512GB)
- Warna: Blue Shadow, Coralred, Jetblack, Mint
- Rebat: Pendaftaran Minat RM180, Reservation+ RM210, Naik Taraf Storan RM600, Rebat CIMB RM300
Galaxy Z Flip7 FE
- Bermula RM3,999 (8+128GB) hingga RM4,299 (8+256GB)
- Warna: Hitam dan Putih
- Rebat sama seperti model Flip7
Galaxy Watch8 & Watch Ultra
- Harga bermula RM1,299 (WiFi) hingga RM3,399 (Watch Ultra LTE)
- Rebat: Band percuma, Rebat Tukar Ganti hingga RM200, dan hadiah bernilai sehingga RM766.

