Samsung Mengesahkan Pembangunan S Pen Untuk Peranti Galaxy Z Fold Akan Datang

TechnologyDigital
15 Jul 2025 • 3:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung baru sahaja melancarkan siri peranti boleh lipat terbaru mereka yang terdiri daripada Samsung Galaxy Z Fold7 dan Samsung Galaxy Z Flip7. Salah satu perkara yang sedih mengenai pelancaran kali ini ialah Samsung mengesahkan bahawa aksesori S Pen yang secara lazimnya diperlihatkan pada peranti Samsung Galaxy S Ultra tidak lagi disokong langsung pada peranti boleh lipat Z Fold7.

Menurut laporan ETNews, Kang Min-seok yang merupakan pengarah eksekutif bahagian Samsung MX (Mobile eXperience) mengatakan bahawa syarikat tersebut sedang membangunkan aksesori S Pen khusus untuk peranti Galaxy Z Fold yang tidak menjejaskan rekabentuk sedia ada peranti tersebut.

image is not available

Keputusan Samsung untuk tidak lagi menyokong S Pen langsung dilihat sebagai mata negatif terbesar untuk peranti tersebut kerana walaupun Samsun Galaxy Z Fold6 tidak hadir dengan aksesori tersebut secara terbina, ia masih lagi menyokong aksesori tersebut tanpa sebarang masalah.

Buat masa ini, Samsung nampaknya tidak mahu mengesahkan lagi bilakah aksesori S Pen akan kembali untuk siri Galaxy Z Fold, sama ada ia akan diperkenalkan tahun depan, atau pada tahun-tahun seterusnya. Tetapi dengan ini, ia dapat dilihat bahawa Samsung sedar akan kepentingan aksesori tersebut untuk mereka yang menggunakan peranti ini untuk tujuan produktiviti.

,

[/sumber[

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved