
PETALING JAYA – Kerajaan menaikkan kuota subsidi petrol Budi Madanu (Budi95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan, berkuat kuasa 1 September ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan kuota sebanyak 100 liter itu melibatkan pengguna Budi95 yang layak menerima subsidi bersasar petrol.
Selain itu, kuota bagi penerima Budi Diesel turut dinaikkan daripada 300 liter kepada 400 liter sebulan.
Pengumuman tersebut dibuat Perdana Menteri ketika menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya, sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE
The post Kuota Budi95 dinaikkan kepada 300 liter sebulan bermula 1 September appeared first on Kosmo Digital.


![[INFOGRAFIK] PM umum enam ikhtiar untuk rakyat](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/30/3631402.webp)



