PM Anwar umum enam ikhtiar, BUDI95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan

LocalPolitics
30 Aug 2026 • 4:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan bersetuju mengembalikan semula kelayakan asas BUDI95 kepada 300 liter sebulan bermula 1 September ini, memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu merupakan antara enam ikhtiar segera kerajaan untuk rakyat yang diumumkan sempena Ambang Merdeka ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Hari Kebangsaan 2026, di sini hari ini.

“Ini bermakna lebih 16 juta pengguna akan menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, lebih 500,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak akan menikmati BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan.

Image from: PM Anwar umum enam ikhtiar, BUDI95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan

Selain bantuan bahan api, kerajaan turut meningkatkan 50 peratus peruntukan penyelenggaraan semua jenis sekolah tahun depan daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion.

Katanya, peruntukan itu meliputi semua aliran pendidikan termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama, tahfiz, pondok serta pendidikan khas.

“Saya turut arahkan Kementerian Pendidikan untuk mengatur gerak kerja turun ke setiap daerah dan meneliti setiap permohonan pembaikan prasarana oleh sekolah,” katanya lagi.

Image from: PM Anwar umum enam ikhtiar, BUDI95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan

Anwar turut mengumumkan pembukaan Program AI untuk Rakyat kepada anak muda berusia antara 18 hingga 30 tahun.

Menurutnya, seramai 100,000 belia yang melengkapkan modul ditetapkan akan menerima langganan aplikasi AI terkemuka secara percuma selama tiga bulan.

Image from: PM Anwar umum enam ikhtiar, BUDI95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan

Dalam pada itu, kerajaan menyediakan RM1 bilion bagi memperkukuh kecekapan digital sektor kesihatan awam, termasuk pelaksanaan sistem Rekod Perubatan Elektronik serta ketersambungan internet di 150 hospital dan lebih 2,000 klinik kesihatan awam.

Image from: PM Anwar umum enam ikhtiar, BUDI95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan

Image from: PM Anwar umum enam ikhtiar, BUDI95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan

Kerajaan turut menaikkan ambang pengecualian e-invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta setahun, sekali gus memastikan perniagaan dengan jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta tidak diwajibkan melaksanakan e-invois.

Image from: PM Anwar umum enam ikhtiar, BUDI95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved