Kuota RON95 Mungkin Turun Ke 150 Liter

LocalBusiness & Finance
12 May 2026 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Kuota RON95 Mungkin Turun Ke 150 Liter

image.png

Nampaknya, kuota penggunaan bahan api RON95 bulanan di bawah program BUDI95 berpotensi dikurangkan kepada 150 liter gara-gara berdepan krisis bekalan global susulan konflik Asia Barat.

Walaupun tiada garis masa yang diberikan untuk potensi pengurangan itu, ia boleh dilaksanakan memandangkan program BUDI95 mempunyai keupayaan menyediakan data penggunaan secara terperinci, sekali gus membolehkan kerajaan melakukan pelarasan subsidi dan pengurusan bekalan secara lebih fleksibel mengikut keperluan semasa.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata data penggunaan semasa menunjukkan sebahagian besar rakyat Malaysia menggunakan jauh lebih sedikit daripada paras kuota semasa.

Beliau berkata, kuota penggunaan pada masa ini ialah 200 liter sebulan, dikurangkan daripada paras kuota sebelum ini sebanyak 300 liter.

image.png

"Walaupun berlaku pengurangan, kesannya kepada majoriti rakyat didapati amat minimum apabila data menunjukkan kira-kira 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan kurang daripada 200 liter petrol sebulan.

"Langkah seterusnya ialah 150 liter. Sebanyak 60 peratus daripada populasi menggunakan kurang daripada 150 liter. Malah, 50 peratus daripada populasi menggunakan kurang daripada 100 liter," katanya.

SUMBER BERITA HARIAN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved