
PUTRAJAYA – Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang merekodkan status sederhana dengan keadaan langit cerah mengiringi sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, sekali gus membolehkan acara berprestij itu diraikan ribuan pengunjung yang hadir di sini hari ini.
Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia, bacaan IPU di Putrajaya merekodkan paras 79 setakat pukul 7 pagi yang membolehkan aktiviti luar dapat dijalankan.
Walaupun bacaan itu dikategorikan pada tahap sederhana, namun keadaan kualiti udara masih terkawal dan tidak menjejaskan kelancaran sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-69 hari ini.
Tinjauan mendapati jarak penglihatan berada dalam keadaan baik, sekali gus membolehkan acara perbarisan, perarakan serta pertunjukan udara berlangsung seperti dijadualkan.
Hari ini, Dataran Putrajaya akan menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2026 dengan penglibatan sebanyak 76 kontinjen membabitkan 10,819 peserta selain menampilkan sejumlah 22 pasukan pancaragam, 11 kereta berhias serta 328 aset darat, laut serta darat selain 112 ekor haiwan dalam perkhidmatan. – KOSMO! ONLINE
The post Kurang jerebu, cuaca baik iringi sambutan Hari Kebangsaan 2026 appeared first on Kosmo Digital.






