Kurang Tenaga? Pakar China Galakkan Wanita Tengok Lelaki Berotot Untuk Kurangkan Stres

Health & FitnessLifestyle
22 May 2025 • 2:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pakar sakit puan di China telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial apabila beliau mencadangkan wanita yang mengalami masalah kurang tenaga atau darah supaya kerap melihat lelaki berotot sebagai terapi untuk menceriakan emosi dan mengurangkan tekanan.

Memetik laporan Sinar Harian, cadangan tersebut dikongsikan menerusi satu video oleh Dr He Zhenye, pakar ginekologi dari Hospital Xiehe Shenzhen, Universiti Sains dan Teknologi Huazhong iaitu sebuah hospital awam bertaraf tinggi di selatan China.

image is not available

gambar hiasan

Wanita perlu lihat lelaki bertubuh sasa atau ‘sado’ lebih kerap untuk kurangkan stres.

Menurutnya lagi, wanita yang mengalami kekurangan ‘qi’ (tenaga dalaman) dan darah sering berasa murung, letih, pucat, pening dan sukar tidur.

image is not available

gambar hiasan

Dalam keadaan sebegitu, beliau tidak menggalakkan wanita untuk terlalu kerap bercinta, sebaliknya mencadangkan sesuatu yang lebih ‘selamat’ menurutnya iaitu dengan menikmati keindahan visual seperti melihat lelaki bertubuh sasa.

Beliau turut menjelaskan visual seperti itu boleh merangsang penghasilan hormon dopamin dalam otak yang membantu memperbaiki mood dan mengurangkan tekanan.

image is not available

gambar hiasan

Kecantikan visual mengaktifkan sistem ganjaran otak. Ini menjadikan kita lebih gembira.

Walau bagaimanapun, cadangan unik itu turut mencetuskan gelombang sokongan dan humor dalam kalangan pengguna media sosial, terutama wanita yang bersetuju bahawa ‘terapi mata’ boleh memberikan kesan psikologi yang positif.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 weeks ago

Doktor Dedah Realiti Dalam Kalangan Remaja Zaman Sekarang - "Mereka Belum Kena HIV Tapi Dah Dapat Penyakit Kelamin.."