
JAKARTA – Seorang pekerja kurier di Serang, Banten berdepan pengalaman pelik apabila terpaksa menghantar ‘bungkusan’ berupa seekor anak kambing hidup kepada pelanggan, baru-baru ini.
Video tular di TikTok
Rakaman video dimuat naik akaun TikTok @mongabay.id menunjukkan anak kambing itu berdiri di celah bungkusan lain tanpa sebarang kotak atau sangkar, sebaliknya hanya dilekatkan dengan nota penghantaran pada badannya.
Nota penghantaran jadi perhatian
Lebih mencuit hati, nota tersebut turut tertera berat ‘parcel’ berkenaan hanya 500 gram, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Cetus perdebatan
Video berkenaan pantas tular dan mengundang perdebatan mengenai tahap kawalan penghantaran barangan yang melibatkan haiwan hidup.
Setakat ini, pihak syarikat kurier terbabit belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan. – The Malaysian Update
The post Kurier Indonesia Terkejut Diminta Hantar Anak Kambing Sebagai ‘Bungkusan’ appeared first on The Malaysian Update.




