Tular Foto Rumah Mewah Didakwa Milik Rafidah Ibrahim? Syarikat Perabot Tampil Bersuara – “Maaf Ya Posting Ni Tahun 2022..”

LocalEntertainment
12 Sep 2025 • 7:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di platform media sosial video-video memaparkan pelakon, Rafidah Ibrahim meluahkan rasa kecewa selepas rumahnya di Kampung Sg. Baru dirobohkan.

Susulan dirobohkan, Rafidah mendakwa dirinya serta anak tidak mempunyai tempat tinggal lain dan kini hanya menumpang di rumah jiran.

Terus-terang cakap, saya, keluarga dan anak tak tahu nak pergi ke mana. Rumah saya dah tentu dirobohkan, sekarang saya menumpang di rumah jiran.

Disebabkan mengeluarkan kenyataan sedemikian, netizen mula menggorek maklumat mengenai Rafidah dan menjumpai posting yang dimuat naik pada tahun 2022 oleh Ella Furniture yang didakwa memaparkan rumah mewah milik pelakon berkenaan.

image is not available

image is not available

image is not available

Sedar akaun media sosial mereka kini menjadi tumpuan, pihak Ella Furniture tampil menafikan bahawa ia berkaitan dengan Rafidah dan secara kebetulan nama pelanggannya itu sama dengan selebriti terbabit.

image is not available

image is not available

Lebih ‘memanaskan’ keadaan, orang ramai mula mengaitkan duta Ella Furniture, AC Mizal, susulan kedua-dua selebriti ini pernah berduet dalam satu lagu yang sama iaitu Apa Kono Eh Jang, namun ia sama sekali tiada kaitan dengan syarikat perabot tersebut.

image is not available 2025-09-11 15:34:03

"Rafidah Ambil Duit, Tak Ambil Pampasan 2 Unit Kondo Yang Diberikan"- Salah Seorang Pemilik Rumah Kg Sungai Baru