Kurnia Darjah Gemilang Pangkuan Negeri, Lee Chong Wei Kini Bawa Gelaran ‘Datuk Seri’

31 Jul 2025 • 11:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Difahamkan daripada laporan media, pemain badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei telah dikurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN), di mana kini dirinya membawa gelaran Datuk Seri.

Ia bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-84 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Yang Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib, yang disampaikan pada tiga hari lalu.

image is not available

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pula menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Tambahan lagi, Suhardi Alias iaitu Pesuruhjaya Sukan (PJS) membawa gelaran Datuk selepas menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN).

image is not available

Sekadar info, pemain badminton yang berasal daripada Pulau Pinang itu telah mengharumkan nama negara, di mana beliau berjaya menduduki nombor satu dunia selama 349 minggu, termasuk 199 minggu berturut-turut sejak tahun 2008 hingga 2012 dalam sejarah badminton termasuk muncul sebagai atlet Malaysia paling berjaya dalam Sukan Olimpik menerusi tiga pingat perak dalam tiga temasya.

image is not available 2025-07-28 16:49:39

"Tahniah Datin Noor Hayati" - Aliff Syukri