Kurung, ikat, liwat remaja: Penjenayah seksual sambung reman 5 hari

19 May 2026 • 2:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kurung, ikat, liwat remaja: Penjenayah seksual sambung reman 5 hari
Media terdahulu melaporkan, seorang remaja lelaki dikurung, didera termasuk dipercayai diliwat lelaki tidak dikenali di sebuah pangsapuri. Gambar kecil: Ramsay

SHAH ALAM - Penjenayah seksual yang diberkas Sabtu lalu selepas dipercayai mengurung, mengikat dan meliwat remaja lelaki berusia 14 tahun di Seksyen 32 di sini dilanjutkan reman lima hari lagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, reman lelaki itu disambung kali kedua bermula Selasa.

"Reman suspek disambung sehingga 23 Mei dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya pada Selasa.

Sebelum ini Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, suspek telah ditahan di bilik sewa di Kuala Lumpur sebelum direman tiga hari sehingga Selasa.

Suspek yang dipercayai bekerja sebagai pemungut hutang itu mempunyai rekod baru keluar penjara pada April tahun lalu.

Media terdahulu melaporkan, seorang remaja lelaki dikurung, didera termasuk dipercayai diliwat lelaki tidak dikenali di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning di sini 12 Mei lalu.

Siasatan awal polis mendapati, suspek memperdaya mangsa dengan mengajak remaja itu berbual dengan menawarkan satu pakej internet telefon bimbit, dengan syarat mangsa membantu mengangkat barang dalam rumah suspek.