Kuskop perluas Program Halal Success

LocalBusiness & Finance
14 Jul 2025 • 10:13 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) memperluas Program Halal Success Kuskop di seluruh negara bagi memberi maklumat kepada usahawan kecil dan sederhana (PKS) untuk mendapatkan sijil halal bagi produk masing-masing.

Menterinya Datuk Ewon Benedic berkata, pensijilan halal Malaysia diiktiraf bukan sahaja di negara ini malah antarabangsa.

“Dengan pensijilan halal ini, tidak hanya peringkat domestik, produk halal tempatan juga mendapat tempat di peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Halal Success Kuskop di Kolej Komuniti Sandakan pada Ahad.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Program itu, anjuran Sekretariat Pembangunan Halal Kuskop, Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor serta Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), diadakan sebagai inisiatif bagi memperkasa usahawan tempatan dalam sektor halal yang bernilai tinggi selain meningkatkan daya saing, keupayaan dan akses pasaran usahawan halal ke peringkat lebih tinggi termasuk pensijilan, pematuhan standard dan pasaran antarabangsa.

Terdahulu, berucap pada majlis itu, Ewon berkata, Malaysia masih kekal sebagai peneraju dalam ekosistem halal global namun perlu kekal kompetitif dan inovatif.

“Halal bukan sekadar pensijilan, tetapi merangkumi nilai kualiti, kebersihan, ketelusan dan integriti.

“Industri halal kini turut menjadi satu ekonomi global dengan nilai pasaran melebihi USD 3 trilion,” katanya.

Justeru, pihaknya berharap usahawan PKS mengambil peluang yang ada dengan mendaftar pensijilan halal dan terus berdaya saing di peringkat global di mana Kuskop melalui agensinya sentiasa bersedia membantu hal berkenaan.

Pensijilan halal dikeluarkan oleh pihak jabatan agama dan Kuskop serta kementerian lain berkenaan juga sedia membantu dalam memberi maklumat berkaitan yang diperlukan usahawan, katanya.

Beliau berkata Kuskop juga komited untuk menjadi peneraju dalam memperluas penyertaan PKS dan koperasi dalam industri halal melalui kerjasama agensi seperti Pernas, SME Corp, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tekun Nasional, IKMa, Amanah Ikhtiar, dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).