Isu jalan raya berlubang ini memang satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh, kadang-kadang disebabkan satu lubang kecil, boleh membuatkan aliran jalan jadi huru-hara sehingga meragut nyawa.
Seperti yang terjadi di Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini, dapat menyaksikan bahawa isu jalan berlubang ini akan memberikan impak besar kepada pengguna terutamanya penunggang motosikal.
Kutip cukai beratus juta ringgit, tapi kualiti jalan raya seperti bandar negara ketiga
Satu video tular hujung minggu lalu dimana seorang penunggang motosikal dilihat terbabas akibat terlanggar satu lubang besar.
Menurut perkongsian di Twitter, kejadian ini dikatakan berlaku di Sky Awani 2, Jalan Sentul Pasar, Mukim Sentul, Kuala Lumpur.
Video berdurasi 12 saat yang dikongsikan oleh Nur Fathiah Syazwana atau lebih mesra dengan gelaran Cleopatra ini dan meraih lebih daripada 5,000 jumlah retweets dalam masa 2 hari dimana Fatihah membuat untaian dengan menzahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak berkuasa terhadap isu ini.
KUTIP CUKAI BERATUS JUTA RINGGIT TETAPI KUALITI JALAN RAYA SEPERTI BANDAR NEGARA KETIGA
PARLIMEN BATU (P115)
Saya memohon jasa baik pihak berwajib terutamanya DBKL untuk membaik pulih jalan utama berhampiran Sky Awani 2, Jalan Sentul Pasar, Mukim Sentul, Kuala Lumpur dengan pic.twitter.com/XUGAVrXawj
— Nur Fathiah Syazwana. Cleo. (@lxcleopatraxl) September 10, 2022
Enggan berdiam diri, Cleopatra berjumpa dengan Pengerusi MIC W/P Ahli Lembaga DBKL, Datuk S. Rajah di lokasi jalan raya tersebut, menurut Cleopatra, kejadian ini berlaku pada minggu lepas sebelum video tersebut tular.
DBKL dah turap
Atas tindakan pantas Cleopatra, pihak DBKL terus turap dan bakal membaik pulih di seluruh jalan raya tersebut, dia juga telah mencadangkan supaya dibina speed bump sementara.
dengan kadar segera. Pihak DBKL sedang dalam peringkat AKHIR KAJIAN untuk membaik pulih KESELURUHAN JALAN RAYA yang beralun ini dan pada masa yang sama membaik pulih mendapan yang berlaku esok (12 September 2022). Saya juga telah mencadangkan supaya dibina SPEED BUMP sementara pic.twitter.com/MADvbzCe4k
— Nur Fathiah Syazwana. Cleo.
(@lxcleopatraxl) September 11, 2022
Tambahnya, dia berharap akan pertemuannya ini dapat membaik pulih jalan yang mendap dan berlubang di kawasan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada pihak DBKL
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

