Kutipan Tol Lebuhraya EKVE Bermula Secara Rasmi Pada 25 Oktober 2025

LocalBusiness & Finance
24 Oct 2025 • 5:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kutipan tol bagi Seksyen 1, Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) akan mula dilaksanakan secara rasmi tepat jam 12:00 tengah malam pada 25 Oktober 2025. Sebelum ini, laluan berkenaan telah dibuka secara percuma kepada pengguna sebagai sebahagian daripada inisiatif pelancaran pada 30 Ogos lalu. Namun begitu, kutipan tol akan bermula selaras dengan pelaksanaan fasa penuh operasi lebuh raya tersebut.

image is not available

Pelaksanaan dikendalikan oleh EKVE Sdn. Bhd. iaitu syarikat konsesi yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyelenggaraan dan pengurusan infrastruktur lebuh raya berkenaan. Langkah ini juga menandakan peralihan kepada sistem operasi sepenuhnya bagi Seksyen 1 EKVE.

image is not available
image is not available

Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya. Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki dalam e-dompet atau kad Touch ‘n Go mencukupi bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol. Kadar tol yang dikenakan adalah berdasarkan kelas kenderaan masing-masing.

image is not available

Seksyen 1 EKVE mempunyai persimpangan utama yang menghubungkan kawasan penting di Lembah Klang, iaitu Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat dan Ampang. Kutipan tol ini dijangka memberi kesan kepada aliran trafik harian, jadi pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dengan baik dan ikut arahan yang ditetapkan untuk perjalanan lancar.