“Kutiplah, halal2” – Lori Sotong Terbalik Di Tepi Highway, Orang Ramai Serbu Kutip Sotong Percuma

Entertainment
3 Jul 2024 • 11:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular satu video di laman TikTok semalam memaparkan gelagat orang ramai mengambil kesempatan ‘mencandat sotong’ dari sebuah lori yang terbalik di tepi persimpangan Elmina, Lebuh Raya Guthrie (GCE).

Menerusi video itu, kelihatan orang ramai memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan dan membawa keluar plastik masing-masing untuk mengisi sotong yang sudah terjatuh dari bekasnya ke atas tanah.

Pemilik lori sudah beri kebenaran

Meskipun ada yang mengecam tindakan individu yang mengutip sotong-sotong tersebut sebagai satu kesalahan, seorang pengguna TikTok memaklumkan bahawa pemilik lori terbabit telah memberi kebenaran kepada orang ramai untuk mengambil sotong tersebut dan ‘menghalalkannya’.

Lori sotong terbalik taukey lori cakap kutiplah, halal-halal,” tulisnya.

@faifie_jps

candat sotong × kutip sotong ✓ lori sotong terbalik taukey lori cakap kutip lah halal2 sotong bukancandatsotong rezeki rezeki1julai

♬ Tong Ting Tong – Ezza Junior

Perkongsian itu mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata memuji sikap pemilik lori dan bersyukur kerana mendapat rezeki tidak disangka-sangka.

image is not available

Moga murah rezeki pemilik lori sotong ni!

Sumber: TikTok, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.