KWAP muncul pemegang saham utama Orkim dengan pegangan 87.28 juta unit melalui langganan IPO

LocalBusiness & Finance
12 Dec 2025 • 6:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KWAP muncul pemegang saham utama Orkim dengan pegangan 87.28 juta unit melalui langganan IPO
image is not available
haziq12/12/2025 - 18:30 Oleh HAZIQ HAKIMI haziq@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Dis – Orkim Berhad menerima suntikan keyakinan besar daripada pelabur institusi apabila Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) muncul sebagai pemegang saham utama syarikat itu selepas melanggan 87.28 juta saham dalam penawaran awam permulaannya (IPO).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Orkim mengesahkan KWAP memperoleh kepentingan tersebut pada 9 Disember 2025, melibatkan 58 juta unit pegangan langsung bersamaan 5.8%, serta 29.28 juta unit pegangan tidak langsung mewakili 2.928% kepentingan dalam syarikat.

 

Secara keseluruhan, KWAP memegang 8.728% daripada jumlah saham terbitan Orkim, sekali gus mengukuhkan profil pemilikan institusi dalam syarikat perkapalan itu.

 

Pada 11 Disember 2025 dan diterima oleh Orkim pada 12 Disember 2025, mengikut pematuhan Seksyen 137 Akta Syarikat 2016.

 

Orkim dalam pemaklumannya menjelaskan KWAP memperoleh kepentingan baharu itu melalui langganan saham di bawah IPO Orkim, yang dilihat sebagai tanda keyakinan jangka panjang terhadap asas perniagaan serta prospek pertumbuhan syarikat.

 

KWAP, sebuah dana persaraan utama negara yang mendaftar pemilikan tersebut di alamat rasminya di Level 36, Integra Tower, The Intermark, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

 

Sebagai pemain penting dalam segmen pengangkutan petroleum dan produk marin, kemasukan KWAP sebagai pelabur utama dijangka memperkukuh struktur pemilikan Orkim dan meningkatkan keyakinan pasaran terhadap prospek penyenaraiannya di Bursa Malaysia.

 

Dengan langganan institusi yang kukuh, Orkim dilihat berada pada landasan yang baik untuk memperluas kapasiti, meningkatkan pembiayaan aset marin baharu serta mengembangkan operasi perkapalan domestik dan serantau. - DagangNews.com

Terkini standard