Kyrgyzstan haramkan pembakaran mayat manusia

5 Aug 2026 • 11:34 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Kyrgyzstan haramkan pembakaran mayat manusia

Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov mengesahkan undang-undang baharu yang melarang secara rasmi amalan pembakaran mayat manusia di negara itu.

BISHKEK: Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov mengesahkan Rang Undang-Undang (RUU) yang melarang amalan pembakaran mayat manusia di negara itu sebagai undang-undang, menurut pejabatnya pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Undang-undang itu memansuhkan peruntukan yang membenarkan pembakaran – iaitu pembakaran mayat manusia – serta pengebumian dan pengebumian semula takar mengandungi abu mayat,” kata pejabat itu.

Langkah itu bertujuan memperkemas pengawalseliaan undang-undang dalam sektor pengurusan jenazah serta membezakan antara perkhidmatan ritual dan prosedur sanitari-teknikal yang melibatkan bahan biologi, menurut kenyataan itu.

Di bawah undang-undang baharu itu, pusat pembakaran mayat hanya boleh digunakan bagi tujuan pelupusan sanitari tisu dan organ manusia hasil daripada aktiviti perubatan, manakala pembakaran mayat, termasuk janin yang digugurkan atau lahir mati, adalah dilarang sama sekali.

Undang-undang berkenaan akan berkuat kuasa 10 hari selepas penerbitan rasminya.

– BERNAMA, SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved