La Liga: Barca menyamai rekod 57 tahun

FootballSports
19 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: La Liga: Barca menyamai rekod 57 tahun

BARCELONA – Kemenangan 5-2 ke atas Real Betis pada aksi La Liga, awal pagi semalam menyaksikan Barcelona kini berjaya menyamai rekod milik Real Madrid yang sudah berusia 57 tahun.

Pada musim 1968/69, Real berjaya merekodkan kemenangan bersih dalam sembilan perlawanan awal La Liga dan tiga mata kali ini membolehkan Barcelona melakukan perkara sama untuk terus memimpin carta liga.

Pencapaian itu turut mengatasi permulaan Barcelona pada musim 2013/14 ketika pasukan kendalian Gerardo ‘Tata’ Martino yang dibarisi Lionel Messi, Pedro dan Neymar memenangi lapan perlawanan awal sebelum diikat tanpa jaringan oleh Osasuna pada aksi kesembilan.

Pengendali Barcelona, Hansi Flick menghamburkan pujian kepada Lamine Yamal yang dilabel memainkan peranan besar untuk mengesahkan kemenangan kali ini.

“Apabila kita lihat dia menjaringkan gol pertama, ia sesuatu yang sukar dipercayai dan dia adalah pemain terbaik dunia. Dia baharu berusia 19 tahun, berdepan tekanan, namun dia sentiasa komited dan sudah pasti saya gembira dengan prestasinya.

“Sikapnya juga cukup baik. Saya beritahu kepadanya, saya cukup bangga dengannya kerana mampu beraksi dengan cukup baik,” katanya.

Untuk rekod, ketika Real melakukan rekod sama 57 tahun lalu,  mereka menjaringkan 21 gol, namun Barcelona dilihat lebih baik apabila merekodkan 39 jaringan dan hanya melepaskan sembilan gol.

Barcelona juga berpeluang mencipta rekod baharu dengan meraih bersih dalam 10 perlawanan awal sekiranya mampu mengatasi Real pada aksi El Clasico 26 Oktober ini. – AGENSI

 

The post La Liga: Barca menyamai rekod 57 tahun appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved