La Liga: Rodri sarung nombor kegemaran

FootballSports
20 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: La Liga: Rodri sarung nombor kegemaran

BARCELONA – Rodri bersedia untuk memulakan lembaran baharu bersama Barcelona dan dilaporkan mengekalkan jersi No. 16, iaitu nombor yang dipakainya sepanjang tempoh gemilang bersama Manchester City.

Menurut laporan, Rodri sudah bercakap dengan Fermín López merupakan pemilik jersi No. 16 di Barcelona untuk meminta nombor tersebut diberikan kepadanya.

Pertukaran itu dijangka tidak menjadi masalah kerana López berkemungkinan bertukar ke jersi No. 7 yang kosong selepas Ferran Torres meninggalkan Barcelona untuk menyertai Paris Saint-Germain.

Ini akan membolehkan Rodri mengekalkan nombor yang begitu bertuah untuknya sepanjang tujuh musim bersama City.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu hadir sebagai salah elemen utama buat skuad kendalian Hansi Flick yang mahu memperkuatkan bahagian tengah dan kembali bersaing untuk semua trofi utama.

Potensi pertukaran nombor jersi antara Rodri dan López bukan satu-satunya perubahan nombor jersi Barcelona untuk musim baharu apabila jersi No. 9 pasukan itu turut kosong selepas Robert Lewandowski meninggalkan kelab.

Barcelona mungkin memilih untuk membiarkan nombor tersebut kosong sambil terus memantau Julián Álvarez, salah seorang penyerang yang muncul sebagai sasaran berpotensi. – AGENSI

The post La Liga: Rodri sarung nombor kegemaran appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved