Lacroix mahu buka lembaran baharu

FootballSports
1 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lacroix mahu buka lembaran baharu

LONDON – Tonggak pertahanan Crystal Palace, Maxence Lacroix akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea dengan yuran perpindahan £52 juta (RM285.80 juta) dan menandatangani kontrak selama enam tahun.

Pemain Perancis itu merupakan sandaran The Eagles pada saingan musim lalu apabila melakukan 55 penampilan dalam semua pertandingan selain membantu pasukan itu menjadi juara Liga Konferens Europa.

Lacroix yang melakukan tiga penampilan pada Piala Dunia 2026 berkata, dia sangat gembira menyertai The Blues selain menyuarakan rasa teruja untuk mencipta kejayaan bersama juara kelab dunia itu.

“Apabila melihat pemain-pemain seperti Reece James dan Morgan Rogers, saya rasa sangat gembira untuk menulis cerita baharu bersama mereka dalam pasukan ini. Saya sudah tidak sabar untuk memulakan karier di sini.

“Saya rasa sangat bangga untuk menjadi sebahagian daripada pasukan dan projek ini. Sekarang saya hanya mahu tunggu masa untuk turun bermain bersama rakan sepasukan yang baharu di Chelsea,” katanya.

Lacroix dianggap antara pemain penting yang dibawa masuk bagi memperkasakan benteng pertahanan The Blues menjelang saingan musim baharu memandangkan posisi itu dianggap sangat kritikal.

Selepas kemasukan pemain berusia 26 tahun itu, urusan perpindahan masuk ke Stamford Bridge masih belum berakhir apabila Chelsea dikatakan bakal membawa masuk dua pemain veteran, Danny Welbeck dan Jordan Henderson. – AGENSI

 

The post Lacroix mahu buka lembaran baharu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved