Lafaz talak kerana bola sepak? Dr. Zulkifli tampil beri penjelasan

LocalFootball
21 Jul 2026 • 9:45 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan hukum lafaz talak bersyarat susulan mesej tular berkaitan taruhan bola sepak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Dzulkifli Mohamad Al-Bakri mengingatkan orang ramai agar tidak menjadikan lafaz talak sebagai gurauan atau taruhan, termasuk ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.

Beliau berkata demikian susulan tular dakwaan mengenai seorang suami yang melafazkan, “Kalau Argentina kalah, aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga,” ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia awal pagi semalam kerana terlalu yakin pasukan pilihannya akan muncul juara.

Menurutnya, lelaki berkenaan dipercayai menganggap lafaz itu sekadar gurauan atau taruhan bersama rakan-rakan tanpa menyedari implikasi besar dari sudut hukum syarak sekiranya syarat yang ditetapkan benar-benar berlaku.

“Majoriti ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali berpendapat bahawa talak yang digantungkan dengan sesuatu syarat akan jatuh apabila syarat tersebut benar-benar berlaku.

“Imam Abu Syuja’ menyebut bahawa jika seseorang menggantungkan talak dengan suatu syarat, maka talak itu berlaku apabila syarat tersebut wujud.

Image from: Lafaz talak kerana bola sepak? Dr. Zulkifli tampil beri penjelasan
Baca juga:

“Imam al-Nawawi pula menegaskan bahawa apabila seseorang menggantungkan talak dengan suatu syarat, lalu syarat itu berlaku, maka talak jatuh dan tiada khilaf dalam mazhab Syafi’i mengenai perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr. Zulkifli berkata, berdasarkan pandangan jumhur ulama, sekiranya seseorang melafazkan, “Kalau Argentina kalah, isteriku tertalak tiga,” dan syarat itu benar-benar berlaku, maka talak tersebut jatuh menurut pandangan majoriti ulama.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan umat Islam supaya sentiasa menjaga lisan kerana ada kalanya satu lafaz yang diucapkan hanya dalam beberapa saat mampu membawa kesan besar terhadap kehidupan seseorang.

Image from: Lafaz talak kerana bola sepak? Dr. Zulkifli tampil beri penjelasan

Beliau turut memetik sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiga perkara yang seriusnya dianggap serius dan gurauannya juga dianggap serius iaitu nikah, talak dan rujuk.” Hadis itu diriwayatkan oleh Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibn Majah.

Justeru, beliau menasihatkan mana-mana pasangan yang berdepan situasi seperti itu supaya segera merujuk Mahkamah Syariah atau pejabat agama berkaitan bagi mendapatkan pengesahan dan penyelesaian mengikut hukum syarak serta undang-undang yang berkuat kuasa.

The post Lafaz talak kerana bola sepak? Dr. Zulkifli tampil beri penjelasan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved