Lagi Cawangan Baru Di Kuching, Kini Rotiboy Dibuka Di Everrise Metrocity

24 Feb 2023 • 3:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ramai penggemar Rotiboy di Sarawak.

Lagi Cawangan Baru Di Kuching, Kini Rotiboy Dibuka Di Everrise Metrocity. Setelah membuka cawangan pertamanya di Sarawak pada tahun lepas di Plaza Merdeka, Rotiboy kini telah berjaya membuka cawangannya yang ke-6 di Bumi Kenyalang ini.

Kedai roti kegemaran orang Sarawak ini sekarang boleh didapati di Everrise yang terletak di Metrocity, Matang.

image is not available
Lagi Cawangan Baru Di Kuching, Kini Rotiboy Dibuka Di Everrise Metrocity

    Jangan lupa cuba menu signature di sini iaitu Rotiboy

    Metrocity Matang yang juga merupakan syurga makanan dan tempat di mana orang ramai berkumpul untuk membeli-belah serta food hunting menjadikan cawangan baru ini salah satu tempat yang amat strategik!

    Menyediakan menu signature mereka iaitu Rotiboy anda juga boleh menikmati menu lain yang ada di sini seperti Mochaboy, Buttermilkboy dan Cheeseboy.

    Jadi buat anda di luar sana yang tinggal di kawasan berhampiran dan ingin menikmati Rotiboy anda boleh ke cawangan Rotiboy di Matang ini!

    Selamat menjamu selera!

    Lagi cawangan Rotiboy di Kuching di sini: