MacBook Pro dan Mac Mini dengan Apple M2 Pro & M2 Max, kini dijual di Malaysia

Digital
22 Feb 2023 • 6:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pada pertengahan bulan lepas, Apple telah melancarkan barisan laptop terbaik mereka, MacBook Pro 14 dan 16, serta komputer Mac Mini dengan kuasa cip baru Apple M2 Pro dan M2 Max. Kini, ia telah mula dijual di Malaysia dan orang ramai boleh mendapatkannya di laman web Apple Malaysia dengan pelbagai spesifikasi mengikut keperluan dan kemahuan.

Harga jualan MacBook Pro dan Mac Mini baru ini telah diketahui lebih awal kerana ia telah disenaraikan di laman web Apple Malaysia selepas pelancaran bulan lepas. MacBook Pro dijual dari RM8,799 untuk versi 14-inci dan RM10,799 bagi 16-inci. Mac Mini pula boleh dibeli dari serendah RM2,499.

image is not available

Tentang masa menunggu, MacBook Pro 14-inci dan 16-inci disenaraikan akan dihantar dalam tempoh satu hari perniagaan. Tetapi ia akan menjadi lebih panjang, sehingga 5 hari perniagaan jika terdapat pengubahsuaian sepsifikasi, antaranya RAM sehingga 96GB dan storan SSD sehingga 8TB. Masa menunggu Mac Mini pula sekitar 5 ke 7 hari perniagaan, berdasarkan pelbagai pilihan spesifikasi yang disenaraikan.

Berikut adalah senarai harga dan varian asas yang boleh didapati di Malaysia:

MacBook Pro (Apple M2)

  • MacBook Pro 14 (M2 Pro 10-teras CPU+16-teras GPU, 16GB Memori, 512GB SSD) RM8,799
  • MacBook Pro 14 (M2 Pro 12-teras CPU+19-teras GPU, 16GB Memori, 1TB SSD) RM10,799
  • MacBook Pro 14 (M2 Max 12-teras CPU+30-teras GPU, 32GB Memori, 1TB SSD) RM13,199
  • MacBook Pro 16 (M2 Pro 12-teras CPU+19-teras GPU, 16GB Memori, 512GB SSD) RM10,799
  • MacBook Pro 16 (M2 Pro 12-teras CPU+19-teras GPU, 16GB Memori, 1TB SSD) RM11,599
  • MacBook Pro 16 (M2 Max 12-teras CPU+38-teras GPU, 32GB Memori, 1TB SSD) RM14,799

Mac Mini (Apple M2)

  • Mac Mini (M2 8-teras CPU+10-teras GPU, 8GB Memori, 256GB SSD) RM2,499
  • Mac Mini (M2 8-teras CPU+10-teras GPU, 8GB Memori, 512GB SSD) RM3,299
  • Mac Mini (M2 Pro 10-teras CPU+16-teras GPU, 16GB Memori, 512GB SSD) RM5,599

Jika anda mahu spesifikasi terbaik dengan pilihan pemproses terhebat, memori terbesar dan storan terbanyak, MacBook Pro 14-inci dengan kuasa M2 Max (12-teras CPU + 38-teras GPU), memori 96GB dan storan SSD 8TB, harganya ialah RM25,999. Untuk MacBook Pro 16-inci yang memiliki spesifikasi serupa, berharga RM26,799.

image is not available

Komputer kompak Mac Mini dengan pilihan terbaik iaitu M2 Pro (12-teras CPU + 19-teras GPU), memori 32GB, storan SSD 8TB dan Ethernet 10GBps memiliki tanda harga RM18,399. Pada harga yang serupa, anda juga boleh mendapatkan Mac Studio tetapi dengan kuasa M1 Max (10-teras CPU + 24-teras GPU), memori 32GB dan storan SSD 8TB. Kedua-dua Mac Mini dan Mac Studio dijual tanpa monitor.

Bacaan Berkaitan