Lagi Kemalangan Maut Di Lebuh Raya DASH

LocalCars
26 Feb 2025 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara terlanggar sebuah kereta, seorang wanita maut selepas tercampak ke bawah Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dalam satu kemalangan semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar mengesahkan kejadian terbabit.

Hasil siasatan mendapati mangsa wanita tempatan berusia 30 tahun yang menunggang motosikal dipercayai hilang kawalan semasa melalui jalan berselekoh.

image is not available

“Motosikal mangsa telah berlanggar dengan sebuah kereta yang berada di hadapannya. Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah tercampak dan jatuh ke bawah ‘flyover’,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Buat masa ini, sasatan diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada tahun 2022, seorang lelaki turut maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum terjatuh di Kilometer 15.7 DASH.