Suami Meraung Nampak Depan Mata Isteri Maut Tercampak Dari ‘Flyover’ Lebuh Raya DASH

26 Feb 2025 • 3:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita berusia 30 tahun maut selepas tercampak jatuh dari jejambat Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) petang semalam dan lebih menyedihkan kejadian itu disaksikan sendiri oleh suami mangsa.

Difahamkan, mangsa ketika itu menunggang motor secara berasingan dengan suaminya sebelum terlibat kemalangan dan tercampak ke bawah lebuh raya tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan kereta di hadapan sebelum mangsa tercampak dari jejambat berketinggian 30 meter itu.

Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

image is not available

Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian tampil membantu siasatan.

Video yang memaparkan suami mangsa sedang menangis selepas kejadian menimpa isterinya itu tular dan meruntun hati ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia Gazette (@malaysiagazette)

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 week ago

Bapa Tunggal 3 Anak Maut, Dilanggar Kereta Ketika Bantu Mangsa Kemalangan Di 'Highway' Karak-KL