Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Entah mengapa meskipun pelbagai langkah telah diambil, kes buli dalam kalangan pelajar sekolah bagaikan tiada kesudahan.
Lihat sahajalah ada sahaja kejadian buli dilapor dan dikongsikan meskipun amaran tegas telah diberi oleh pihak berkuasa dalam menangani gejala ini.
Wanita Trauma, Dedah Anak Jadi Mangsa Buli Hingga Alami Kecederaan Parah
Terbaharu, seorang wanita yang dikenali sebagai Zulaikha Sabri berkongsi kisah tragis menimpa anak lelakinya yang menjadi mangsa buli pada 2 Julai lalu di Cheras, Kuala Lumpur.
Kongsi Zulaikha dalam satu hantaran di Facebook, dia kini trauma apabila anaknya itu diserang dan dipukul oleh empat orang individu.
Lebih menyedihkan, mangsa kini didakwa mengalami keretakan pada tengkorak, pendarahan dalam kepala dan telinga kanan kesan daripada kejadian berkenaan.
“Setelah dua minggu lebih bergelut dengan trauma, hari ini aku kongsikan kejadian yang berlaku pada 2 Julai baru-baru ni. Kejadian yang berlaku di Cheras, Kuala Lumpur.
“Ye anak aku diserang dan dipukul oleh empat anak ni. Hati ibu mana yang tak hancur tengok anak diperlakukan sebegini.
“Kesan dari serangan ni. Anak aku mengalami keretakan tengkorak, pendarahan dalam kepala dan pendarahan dalam telinga kanan,” katanya.
Wanita Dedah Kes Dalam Siasatan Polis
Kongsi Zulaikha lagi, dia telahpun melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis dan kes kini dalam siasatan.
“Sebagai ibu, aku tidak akan berhenti menuntut keadilan. Aku akan fight habis-habis.
“Mohon semua bantu viralkan. Bukan untuk membalas dendam, tetapi supaya kebenaran mendapat perhatian dan tiada lagi anak lain melalui perkara yang sama.
“Kes telah dalam siasatan pihak polis. Aku akan kongsikan kronologi dan perjalanan kes ini dari masa ke semasa.
“Keadilan bukan hanya untuk anak saya, tetapi untuk setiap anak yang menjadi mangsa keganasan,” katanya.
Wanita Turut Kongsi Rakaman Video Papar Kejadian Anak Dipukul
Menerusi hantaran itu juga, wanita berkenaan turut berkongsi rakaman video yang memaparkan kejadian anaknya dipukul oleh dua orang individu terbabit.
Melalui rakaman itu, dapat dilihat seorang budak lelaki yang memakai baju-T berwarna hijau dipercayai anaknya yang dipukul dan dihempas ke lantai oleh seorang budak lelaki yang memakai baju-T berwarna biru.
Bukan itu sahaja, mangsa turut ditampar pada bahagian muka selepas diperlakukan sedemikian.

Warganet Geram Dengan Pembuli, Gesa Pihak Berkaitan Ambil Tindakan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 533,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram dengan tindakan dua individu terbabit yang menyerang dan memukul mangsa.
Malah, majoriti daripada mereka juga menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap si pelaku berkenaan.
Ini antara komen pengguna Facebook:
“Allahuakbar, Mendidih Darah Tengok, Semoga Keadilan Berpihak Untuk Anak Puan”

“Jahat Punya Keturunan, Report Polis Dah Buat Ke? Dah Buat Jangan Tarik, Tak Sanggup Tengok Video Ni”

“Memang S*al Budak 2 Ekor Tu, Agaknya Emak Bapak Jenis Macam Tu Juga Kot”

“Astagfirullah Menggigil Badan Tengok Perangai Budak 2 Ekor Tu, Terhempas Kepala Bukan Perlahan Tu, Jangan Bagi Muka”

Baca Artikel Berkaitan: 6 Pelajar MRSM Terlibat Kes Buli Digantung Sekolah 2 Minggu
Baca Artikel Berkaitan: “You Touch, You Go”- 6 Pelajar MRSM Di Johor Disyaki Terbabit Kes Buli Bakal Disingkir Jika Bersalah [Video]





