Empat daripada enam pelajar Tingkatan Lima di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor yang disyaki terbabit dalam kes buli telah disingkirkan daripada institusi berkenaan.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM bersidang pada pagi ini.
Menurut beliau, dua lagi pelajar pula digantung sekolah sementara menunggu hasil siasatan polis bagi menentukan sama ada mereka turut terbabit melakukan sentuhan fizikal terhadap mangsa.
“Allah sahaja yang tahu perasaan saya apabila enam pelajar diambil oleh ibu bapa masing-masing pagi tadi setelah JDM MRSM bersidang dan memutuskan untuk singkir mereka kerana kes buli.”
“Namun, amaran berulang kali diberikan. #YouTouchYouGo.”
“Dua daripadanya digantung sehingga pengesahan diperoleh daripada pihak polis yang melakukan siasatan sama ada mereka turut terbabit melakukan sentuhan fizikal dalam kes buli berkenaan.”
Terdahulu, Asyraf Wajdi mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA dan pihak pentadbiran MRSM mengadakan mesyuarat dalam tempoh 24 jam bagi menyiasat kes tersebut serta mengambil tindakan terhadap enam pelajar yang disyaki terlibat.

Sebelum ini, beliau memaklumkan insiden berkenaan terbongkar selepas ibu bapa seorang pelajar membuat perkongsian di Threads mengenai anak mereka yang mahu bertukar keluar dari sebuah MRSM di Johor kerana mendakwa tidak tahan menjadi mangsa buli.
Susulan laporan polis yang dibuat oleh keluarga mangsa, enam pelajar terbabit direman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bakri bagi membantu siasatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Keputusan Dah Ada Tapi Belum Sedia Diumumkan" - Peguam YB Syed Saddiq
The post Lagi Tiga Bulan Nak SPM, 4 Pelajar MRSM Johor Dibuang, 2 Lagi Digantung Sekolah Susulan Kes Buli – “You Touch You Go” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






