Seorang wanita meluahkan kemarahan selepas mendakwa anak saudaranya menjadi mangsa buli sehingga mengalami kecederaan serius akibat dipukul oleh empat individu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, wanita berkenaan mendakwa mangsa mengalami keretakan pada bahagian tengkorak selain pendarahan dalaman di kepala, hidung dan telinga.
Menurutnya, keadaan tersebut bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana mangsa juga dikatakan berdepan risiko mengalami sawan untuk tempoh panjang susulan kecederaan yang dialami.
Wanita itu turut meluahkan rasa kecewa dan berharap individu yang didakwa terlibat dikenakan tindakan serta hukuman setimpal atas perbuatan mereka.
Dalam hantaran susulan, dia sekali lagi menegaskan bahawa mangsa mengalami kecederaan pada tengkorak dan pendarahan dalaman selepas dipercayai menjadi mangsa buli.

Perkongsian tersebut mengundang kemarahan orang ramai yang rata-rata bersimpati dengan keadaan mangsa dan berharap kes berkenaan disiasat secara menyeluruh.
Netizen turut mendoakan agar mangsa segera pulih daripada kecederaan serta trauma yang dialaminya, selain meminta pihak berkaitan memastikan keselamatannya terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan identiti atau gambar kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes tersebut bagi melindungi semua pihak sepanjang siasatan dijalankan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Macam Tak Ada Maruah, Otak Kat Jubo" - View Chin Dan Isteri Dikecam, Didakwa Buat Konten 'Double Meaning'
The post Tular Video Pelajar Lelaki Dibelasah Empat Remaja Hingga Retak Tengkorak, Keluarga Tuntut Keadilan – “Nampak Macam Cubaan B*nuh” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





