Lagi Kes Kematian Kanak-kanak, Seorang Murid PPKI Meninggal Dunia Akibat Influenza

LocalHealth & Fitness
17 Oct 2025 • 3:22 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang murid lelaki Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Meru, meninggal dunia pagi semalam, dipercayai akibat jangkitan influenza.

Menurut laporan, mangsa, Muhammad Syeikhu Azrin, 8, disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa disahkan dijangkiti influenza A.

“Seluruh ahli keluarga kanak-kanak itu juga positif wabak berkenaan. Polis menerima laporan mengenai kematian kanak-kanak itu pada awal pagi dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

KKM siasat kematian 2 kanak-kanak dikaitkan dengan influenza A

Terdahulu, media melaporkan dua kes kematian dikaitkan dengan influenza membabitkan kanak-kanak lelaki masing-masing berusia empat dan 11 tahun direkodkan setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kanak-kanak berusia empat tahun itu tinggal di Sabah, manakala mangsa yang berusia 11 tahun di Terengganu.

image is not available

“Ada dua kes kematian yang ada kaitan dengan influenza. Kedua-dua dikesan mengalami influenza A.

“Tetapi kita masih lagi melakukan kajian dan penelitian apakah sebab serta punca sebenarnya kematian kedua-dua kanak-kanak ini,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.