Lagi kes penganiayaan kucing, orang ramai gesa tindakan tegas

3 Apr 2026 • 10:10 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki melakukan penganiayaan terhadap seekor anak kucing, menimbulkan kemarahan netizen.Insiden berkenaan dipercayai berlaku di Kajang.

Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan didapati mencampakkan kucing ke lantai dan menyapu minyak angin ke dalam saluran pernafasan haiwan tersebut, mengakibatkan kecederaan serius termasuk pendarahan di hidung.

Selain tu, tangkapan layar video tular juga menunjukkan kucing berkenaan digantung dengan menggunakan manik-manik besar perhiasan.

image is not available
Baca juga:

Susulan kejadian itu, orang ramai menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap lelaki terbabit bagi memastikan keadilan dan mencegah insiden seumpama ini daripada berulang.

Menerusi hantaran di Facebook Dunia Kucing, beberapa tangkapan layar memaparkan keadaan kucing berkenaan.

Sebelum ini, tular video lain yang memaparkan penganiayaan kucing oleh dua kanak-kanak, menambah kebimbangan masyarakat terhadap keselamatan haiwan peliharaan.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Veterinar Terengganu mengesahkan menerima pelbagai aduan daripada orang awam mengenai penyebaran video tersebut dan sedang menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan.

The post Lagi kes penganiayaan kucing, orang ramai gesa tindakan tegas appeared first on The Reporter.