Lelaki Malaysia ditahan di Sungai Golok, tak sempat seludup dadah ke Kelantan

9 Oct 2026 • 8:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki Malaysia ditahan di Sungai Golok, tak sempat seludup dadah ke Kelantan

SUNGAI GOLOK, THAILAND – Seorang pemuda rakyat Malaysia ditahan semalam selepas dipercayai cuba menyeludup pelbagai jenis dadah termasuk ekstasi dari bandar ini ke Kelantan.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an diberkas pada pukul 10.30 malam ketika berada di dalam kereta berdekatan sebuah hotel di sini.

Lelaki itu disyaki membawa sebanyak 20 biji pil ekstasi, 760 biji pil psikotropik dan sembilan gram ketamin.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati, suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Kelantan dan memperoleh bekalan daripada sindiket di Sungai Golok.

Katanya, Bahagian Siasatan Narkotik Polis Wilayah 9 menerima maklumat mengenai suspek yang memandu kereta dipercayai membawa dadah.

“Kereta lelaki itu dikepung dan pemeriksaan polis membawa kepada penemuan kesemua dadah tersebut.

“Suspek mengaku menyembunyikan dadah berkenaan di dalam keretanya dan merancang untuk menyeludup bahan terlarang tersebut masuk ke Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Kastam dan Imigresen Sungai Golok hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap itu memberitahu, suspek berdepan pertuduhan memiliki dan menjual narkotik Kategori 1 (ekstasi) dan bahan psikotropik Kategori 2 (ketamin) secara haram.

Sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara setahun hingga 15 tahun dan denda maksimum RM182,767, jika disabitkan kesalahan. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki Malaysia ditahan di Sungai Golok, tak sempat seludup dadah ke Kelantan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved