Lagi Kes Seludup Minyak Diesel Bersubsidi, Kali Ini 29 Ribu Liter Berjaya Dirampas Di Tuaran

13 Jan 2023 • 2:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Minyak diesel bersubsidi jadi target utama untuk jadi sumber aktiviti penyeludupan ke luar terutamanya kerana pulangan yang lumayan

Lagi Kes Seludup Minyak Diesel Bersubsidi, Kali Ini 29 Ribu Liter Berjaya Dirampas Di Tuaran. Kalau tak minyak masak bersubsidi, pasti minyak bersubsidi seperti diesel ini jadi target utama pihak yang tidak bertanggungjawab untuk dijadikan sumber untuk aktiviti penyeludupan. Kalau seludup ke luar memang dapat pulangan yang lumayan.

Banyak kali juga pihak berkuasa kesan dan berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan minyak diesel bersubsidi ni tetapi nampaknya macam tiada rasa serik dan tidak menjadi satu titik pengajaran jugak kat pihak lain.

image is not available
Lagi Kes Seludup Minyak Diesel Bersubsidi, Kali Ini 29 Ribu Liter Berjaya Dirampas Di Tuaran. Sumber gambar: Utusan Malaysia

KPDN serbu dan rampas 29, 000 liter minyak diesel bersubsidi yang disimpan dalam 4 buah tangki dan nilai rampasan berjumlah RM107,00.

Kali ini, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Tuaran telah berhasil mengesan dan menyerbu aktiviti penyeludupan minyak diesel ini di Kampung Lok Batik, Tuaran sekaligus berjaya merampas 29,000 liter minyak diesel bersubsidi.

Menurut pegawai penguatkuasa, Saripuddin Moleng, operasi mengesan dan mengintip aktiviti penyeludupan ini telah dilakukan oleh pihak beliau mengambil masa selama 1 minggu sebelum berjaya ditumpaskan. Dalam penyerbuan ini, minyak diesel bersubsidi tersebut telah disimpan di dalam 4 buah tangki.

image is not available
Lagi Kes Seludup Minyak Diesel Bersubsidi, Kali Ini 29 Ribu Liter Berjaya Dirampas Di Tuaran. Sumber gambar: BORNEO POST online

Bukan itu sahaja, keseluruhan minyak diesel bersubsidi yang dirampas beserta dengan pam elektronik telah dianggarkan bernilai RM107,00. Hasil serbuan ini juga, 2 lelaki tempatan telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Patutlah isu minyak bersubsidi di negara kita ni asyik ada je masalah. Banyak juga rupanya diseludup. Kalau tiada aktiviti haram sebegini, sudah pasti bekalan minyak diesel kita sentiasa diparas yang mencukupi.

Untuk menbaca cerita yang berkaitan dengan isu minyak bersubsidi ini, boleh baca artikel di bawah: