"Lagi-lagi Malaysia.." Lelaki Indonesia Cemburu, Akui 2 'Hal' Malaysia Masuk Top 3 Negara Terbaik Didiami

17 Sep 2026 • 4:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Lagi-lagi Malaysia.." Lelaki Indonesia Cemburu, Akui 2 'Hal' Malaysia Masuk Top 3 Negara Terbaik Didiami

Setiap negara mempunyai keistimewaan tersendiri yang mungkin tidak begitu disedari oleh rakyatnya sendiri.

Ada perkara yang kita anggap biasa dalam kehidupan seharian, tetapi sebenarnya cukup menarik di mata orang luar yang datang berkunjung atau menetap di Malaysia.

Daripada makanan yang pelbagai hinggalah kemudahan pengangkutan awam, perkara-perkara inilah yang kadangkala membuatkan pelancong asing mempunyai pandangan tersendiri mengenai kehidupan di negara ini.

Baru-baru ini, seorang lelaki Indonesia mencuri perhatian selepas berkongsi reaksinya apabila mengetahui Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam Rumavi Global Relocation Index 2026.

Image from: "Lagi-lagi Malaysia.." Lelaki Indonesia Cemburu, Akui 2 'Hal' Malaysia Masuk Top 3 Negara Terbaik Didiami

Indeks berkenaan menilai 192 negara menerusi 24 indikator meliputi empat aspek utama iaitu kewangan dan percukaian, kebolehdiaman dan kesihatan, keselamatan dan kestabilan serta kemudahan untuk menetap dan peluang.

Malaysia memperoleh skor 72.0 daripada 100, berada di belakang Estonia yang mencatat 72.8 mata dan Singapura dengan 72.6 mata.

“Lagi-Lagi Malaysia Dapat Rekod Baharu”

Image from: "Lagi-lagi Malaysia.." Lelaki Indonesia Cemburu, Akui 2 'Hal' Malaysia Masuk Top 3 Negara Terbaik Didiami

Menerusi perkongsiannya di TikTok @ramski_07, lelaki berkenaan secara berseloroh mengakui kagum apabila sekali lagi melihat nama Malaysia berada pada kedudukan tinggi dalam satu penarafan antarabangsa.

“Lagi-lagi Malaysia dapat rekod baharu. Memang keren Malaysia ini,” katanya.

Selepas mengetahui Malaysia berada di tempat ketiga dalam indeks tersebut, dia turut mengucapkan tahniah kepada negara ini.

Menurutnya, selepas beberapa bulan berada di Malaysia, dia sendiri mula memahami mengapa negara ini boleh menjadi pilihan yang menarik untuk didiami.

Makanan Pelbagai & Harga Berpatutan

Image from: "Lagi-lagi Malaysia.." Lelaki Indonesia Cemburu, Akui 2 'Hal' Malaysia Masuk Top 3 Negara Terbaik Didiami

Antara perkara yang menarik perhatiannya adalah soal makanan.

Baginya, pilihan makanan di Malaysia bukan sahaja pelbagai, malah mudah didapati dengan julat harga yang menurutnya masih berpatutan.

“Selepas beberapa bulan di Malaysia, memang baru boleh rasa bahawa di Malaysia ini dari segi makanan pun harganya terjangkau.

“Rasanya juga bervariasi,” katanya.

Sememangnya Malaysia cukup terkenal dengan kepelbagaian makanan hasil daripada masyarakat berbilang kaum dan budaya.

Bagi seseorang yang datang dari luar, peluang menikmati pelbagai jenis makanan dalam satu negara mungkin menjadi antara pengalaman yang paling mudah meninggalkan kesan.

Kagum Dengan Pengangkutan Awam Malaysia

Image from: "Lagi-lagi Malaysia.." Lelaki Indonesia Cemburu, Akui 2 'Hal' Malaysia Masuk Top 3 Negara Terbaik Didiami

Namun, satu perkara yang paling mendapat pujian daripadanya adalah sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Menurut lelaki itu, kemudahan seperti MRT, LRT, bas serta perkhidmatan e-hailing memudahkannya bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

Baca juga:

“Yang paling aku suka adalah dari segi transportasi umumnya. Malaysia memang the best.

“Dari segi MRT, LRT, Grab, bas dan sebagainya, memang keren,” katanya.

Bagi dirinya, kemudahan tersebut menjadi antara aspek yang membuatkan kehidupan hariannya di Malaysia terasa lebih mudah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved