Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Dengan Dadah Di Lapangan Terbang India

11 Aug 2026 • 9:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Cubaan seorang rakyat Malaysia untuk memasuki India berakhir dengan penahanan selepas bagasi dibawanya dipercayai mengandungi dadah jenis ganja hidroponik gred tinggi.

Suspek ditahan pegawai Unit Perisikan Udara Kastam Chennai selepas tiba dari Bangkok pada malam Jumaat, sebelum pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan lebih empat kilogram bahan terlarang.

Bagasi rakyat Malaysia cetus kecurigaan

Image from: Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Dengan Dadah Di Lapangan Terbang India
Kredit Foto: Janaan AI

Menurut pihak berkuasa, suspek pada awalnya dipercayai cuba keluar melalui Laluan Hijau tanpa membuat sebarang pengisytiharan kepada pihak kastam.

Bagaimanapun, pemeriksaan menggunakan mesin imbasan sinar-X mendapati terdapat imej mencurigakan pada bagasi daftar masuk miliknya.

Bagasi itu kemudian diperiksa dengan lebih terperinci sebelum empat bungkusan berisi bahan berwarna kehijauan dan berbentuk berketul ditemukan.

Dadah disorok di bahagian bawah bagasi

Image from: Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Dengan Dadah Di Lapangan Terbang India
Kredit Foto: Janaan AI

Bungkusan terbabit dipercayai disembunyikan dalam ruang bahagian bawah bagasi dan mengeluarkan bau kuat serta menyengat.

Hasil ujian menggunakan kit pengesanan dadah narkotik kemudiannya mengesahkan bahan berkenaan positif mengandungi ganja atau marijuana. Keseluruhan bahan terlarang itu mempunyai berat bersih 4,033 gram dan dipercayai merupakan ganja hidroponik berkualiti tinggi.

Pihak Kastam Chennai merampas dadah berkenaan mengikut Seksyen 43(a) Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik 1985. Suspek warga Malaysia itu kemudiannya dibawa ke mahkamah sebelum direman dalam tahanan kehakiman.

The post Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Dengan Dadah Di Lapangan Terbang India appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved