Lagi resort terbiar jadi markas sindiket scammer, kali ini di Broga

15 Oct 2026 • 12:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lagi resort terbiar jadi markas sindiket scammer, kali ini di Broga

SEREMBAN – Sindiket penipuan dalam talian warga China yang menjadikan sebuah resort terbiar di Broga, Mantin di sini sebagai markas kegiatan jenayah terbongkar selepas 44 suspek ditahan polis.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, sindiket tersebut dikesan menyewa salah satu daripada empat blok di resort itu dengan bayaran RM20,000 sebulan sejak setahun lalu bagi menjalankan penipuan.

“Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menggunakan sebuah resort di atas tanah persendirian yang telah terbiar selama empat tahun bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Sindiket ini dipercayai menjalankan kegiatan penipuan dengan menyamar sebagai pendakwa raya dan anggota polis China dengan menyasarkan mangsa warga China termasuk yang menetap di Amerika Syarikat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas beliau, pihak sindiket dipercayai memperdayakan mangsa kononnya mereka terlibat dalam jenayah sebelum menawarkan bantuan untuk mengelak mangsa daripada ditangkap.

Menurut Alzafny, kesemua yang ditahan pada Ahad lalu termasuk suami isteri disyaki bertindak sebagai pengurus resort dan berusia 19 hingga 63 tahun dengan 34 daripadanya adalah warga China.

“Setakat ini, pemeriksaan awal mendapati 20 daripada daripada 38 tangkapan itu tiada pasport fizikal dan polis masih mengenal pasti bagaimana keberadaan mereka di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Alzafny berkata, sindiket itu beroperasi dengan bahan makanan dihantar oleh pihak ejen ke markas itu, selain bekalan elektrik dan air juga ada di resort tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Lagi resort terbiar jadi markas sindiket scammer, kali ini di Broga appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved