Pekebun durian rugi RM202,460 angkara nombor ekor

13 Oct 2026 • 11:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pekebun durian rugi RM202,460 angkara nombor ekor

KUANTAN – Seorang pekebun durian yang mahu mengubah nasib dengan memenangi hadiah pertama loteri berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM202,460 selepas diperdaya sindiket penipuan tawaran nombor ramalan tidak wujud.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian di Maran itu bermula pada 25 November tahun lalu selepas mangsa yang merupakan wanita berumur 63 tahun melihat satu iklan video di Facebook memaparkan seorang sami dari selatan Thailand menawarkan perkhidmatan tilik nasib kewangan.

Katanya, mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut kemudiannya telah menghubungi suspek pertama melalui telefon dan dimaklumkan bahawa mangsa boleh mengubah nasib dengan membeli tiket loteri Magnum 4D serta berpeluang memenangi hadiah utama.

“Mangsa kemudiannya diarahkan berurusan dengan seorang individu lain yang didakwa sebagai ejen di Kelantan bagi tujuan pembayaran.

“Mangsa seterusnya dimaklumkan telah memenangi hadiah tempat pertama loteri berjumlah RM1.2 juta,” katanya di sini hari ini

Menurutnya, bagi membolehkan wang kemenangan tersebut dikeluarkan, mangsa telah diminta membuat beberapa bayaran kononnya bagi tujuan urusan pihak bank dan cukai pindahan wang antara negara.

Katanya, bermula 23 Disember 2025 sehingga 22 Mei 2026 mangsa telah membuat sebanyak 12 transaksi ke enam akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM202,460.

“Bagaimanapun, mangsa tidak menerima sebarang wang kemenangan seperti yang dijanjikan dan mangsa kemudiannya menyedari dirinya telah diperdaya dan membuat laporan polis,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan sendiri serta hasil pajakan barang kemas.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai tawaran kemenangan loteri, nombor ramalan atau hadiah lumayan yang diterima melalui media sosial dan aplikasi komunikasi.

“Jangan membuat sebarang bayaran bagi tujuan ‘cukai’, ‘yuran pelepasan’, ‘caj bank’ atau bayaran lain sebelum membuat semakan dan pengesahan dengan pihak berkuasa atau agensi berkaitan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Pekebun durian rugi RM202,460 angkara nombor ekor appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved