Lagi Sekali Netizen ‘Speechless’ Tengok Busana Pengantin Erissa Puteri - “Maaf Nak Cakap Tapi Baju Itu Tak Kena Dengan…”

4 May 2025 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Nama Erissa Puteri masih menjadi topik perbualan netizen terutama di TikTok disebabkan penyanyi itu memuat naik beberapa foto terbaharu bersama suaminya, Daniel Iskandar.

Kongsi foto perkahwinan

Menerusi foto tersebut, Erissa dan suaminya menggayakan beberapa busana pengantin yang mendapat perhatian netizen.

Apa yang membuatkan netizen kurang senang apabila Erissa menggayakan busana pengantin yang dilihat tidak bersesuaian disebabkan menampakkan bahagian dada.

Netizen kurang senang

Malah, netizen turut mempersoalkan penyanyi itu tidak mempunyai gambar perkahwinan yang memperlihatkan dirinya memakai tudung.

 

“Takkan tak ada satu gambar kahwin yang pakai tudung? Tanya saja jangan marah.

 

“Maaf nak cakap tapi baju itu tak kena dengan agama kita la sis. Saya tahu ini adalah hari bahagia anda tapi omg.

 

“Kalau ya pun memang tak bertudung, sekurang-kurangnya pakai la tudung hari perkahwinan, hari penting kot mana boleh kahwin semula dah lepas ini.

 

“Sedih tengok baju dah macam bukan orang Islam dah,” komen beberapa netizen.

 

Sebelum ini, perkahwinan Erissa dan suaminya mendapat perhatian disebabkan penampilan adik iparnya selain pemakaian baju pengantin di majlis resepsi yang didakwa seksi.