Lagi tragedi berdarah, tiga maut kenderaan bertembung

28 Jul 2026 • 12:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lagi tragedi berdarah, tiga maut kenderaan bertembung
Suasana di lokasi kejadian kemalangan yang mengorbankan tiga individu di Jalan Besar Maran - Temerloh, Kampung Paya Pasir, dan Anggota BBP Maran kelihatan sedang menjalankan operasi penyelamatan. Foto Ihsan JBPM Pahang
Image from: Lagi tragedi berdarah, tiga maut kenderaan bertembung
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja penyelamatan dan mengeluar mangsa kemalangan di Jalan Besar Maran - Temerloh, pagi tadi. - Foto Ihsan JBPM Pahang

MARAN – Tiga individu maut manakala dua lagi cedera selepas dua kenderaan bertembung di Jalan Besar Maran-Temerloh berhampiran Kampung Paya Pasir di sini pagi Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.02 pagi dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran ke lokasi tersebut.

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, kemalangan didapati membabitkan Perodua Alza dan Perodua Myvi 

"Pemeriksaan mendapati tiada mangsa tersepit dan terdapat individu bagaimanapun disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

**media[3597170]**

Beliau berkata, dua lagi mangsa yang menaiki Perodua Alza mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada KKM untuk rawatan lanjut.

"Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved