Lagu ‘Justice for Zara Qairina’ sentuh hati rakyat

LocalMusic
12 Aug 2025 • 8:23 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Lagu khas bertajuk Justice For Zara Qairina ciptaan sepenuhnya oleh Norsalim Ali tular di media sosial sebagai tanda solidariti terhadap kematian tragis pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Sabah, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Karya yang disulam elemen rap itu menjadi muzik latar dalam ribuan hantaran berkaitan Allahyarham, yang ditemui tidak sedarkan diri di longkang asrama sekolah pada jam 3 pagi, 16 Julai lalu.

Lagu tersebut sarat dengan mesej pengorbanan, kemarahan, dan solidariti rakyat Malaysia, di samping menyeru agar kebenaran ditegakkan berhubung punca kematian yang masih dalam siasatan.

Antara bait lirik yang mencuri perhatian adalah “Kata mereka, kau jatuh sendiri. Tapi benarkah itu realiti?”, yang dilihat mempersoalkan naratif sebenar insiden tersebut.

Setakat ini, lagu Justice For Zara Qairina sudah digunakan hampir 3,000 kali sebagai muzik latar di Instagram, dimainkan lebih 3.2 juta kali di TikTok, dan video liriknya di YouTube meraih lebih 200,000 tontonan sejak dimuat naik beberapa hari lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved