Lagu Negaraku Berkumandang Di Seoul, Noor Askuzaimey Dinobat Juara Dunia Boccia

31 Aug 2026 • 11:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lagu Negaraku Berkumandang Di Seoul, Noor Askuzaimey Dinobat Juara Dunia Boccia

Atlet boccia negara, Noor Askuzaimey Mat Salim menghadiahkan khabar cukup bermakna buat rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 apabila dinobatkan sebagai juara dunia dalam acara individu wanita BC4 di Seoul 2026 World Boccia Championships.

Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi hantaran di Facebook mengucapkan tahniah kepada Noor atas kejayaan luar biasa itu.

"Satu pencapaian yang cukup membanggakan dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Teruskan melakar kejayaan, mencipta inspirasi dan mengangkat nama Malaysia lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, ahli keluarga atlet para berkenaan turut meluahkan rasa bangga menerusi Threads.

Keluarga Noor Askuzaimey bangga

Menerusi perkongsian @farhanaku, dia meluahkan rasa bangga apabila Noor yang dipanggilnya sebagai Kak Long berjaya merangkul pingat emas pada Hari Kebangsaan.

Baca juga:

"Lebih membanggakan kita semua Lagu Negaraku berkumandang di bumi Korea," katanya.

Dia turut berkongsi kiriman mesej daripada Noor kepada orang ramai.

"Alhamdulillah, kemenangan ini bukan sekadar sebuah kejayaan, tetapi sebuah hadiah yang amat bermakna daripada saya buat seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Lebih manis, kemenangan itu hadir bersempena ulang tahun perkahwinannya.

Image from: Lagu Negaraku Berkumandang Di Seoul, Noor Askuzaimey Dinobat Juara Dunia Boccia

"Di bulan kemerdekaan ini dan sempena ulang tahun perkahwinan saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas setiap sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya sepanjang perjuangan di pentas boccia.

"Setiap doa kalian menjadi kekuatan untuk saya terus berjuang sehingga ke saat kemenangan.

"Pingat ini saya hadiahkan buat Malaysia, tanah air tercinta dan buat seluruh rakyat Malaysia. Kemenangan ini milik kita bersama," kata Noor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved