Keputusan Penuh AJL40: K.O.I Dinobat Juara, Bawa Pulang RM100,000

LocalEntertainment
16 Aug 2026 • 12:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) melabuhkan tirainya malam ini dengan Tiwikarma nyanyian K.O.I dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, AJL40 kali ini menyaksikan 10 buah lagu berentap bagi merebut gelaran juara selepas berjaya mara daripada peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 40.

Advertisement

Acara muzik berprestij itu dikendalikan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann selaku pengacara utama.

K.O.I Dinobat Juara AJL40

Selepas kesemua finalis selesai membuat persembahan masing-masing, Tiwikarma nyanyian K.O.I diumumkan sebagai Juara Lagu AJL40.

koi

Kemenangan itu membolehkan juara membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Sementara itu, Aisha Retno dengan lagunya Tak Adil diumumkan sebagai Naib Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula menjadi milik Ryenald Guntabid dengan lagu nyanyia Lumangad Oku Dika yang menerima RM30,000 berserta trofi.

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke-40

Juara Lagu:
K.O.I/Tiwikarama
Hadiah: RM100,000 dan trofi

Naib Juara:
Aisha Retno / Tak Adil
Hadiah: RM50,000 dan trofi

Tempat Ketiga:

View this post on Instagram

Ryenald Guntabid / Lumangad Oku Dika
Hadiah: RM30,000 dan trofi

Vokal Terbaik: 
Marsha Milan / Tangisan Seorang Pendosa
Hadiah: RM12,000 dan trofi

View this post on Instagram

Persembahan Terbaik:
Aina Abdul / Kamu
Hadiah: RM12,000 dan trofi

10 Lagu Yang Bertanding Di AJL40

Sebanyak 10 lagu layak berentap di pentas akhir AJL40 selepas diumumkan sebagai finalis pada April lalu.

1. Lumangad Oku Dika – Ryenald Guntabid

2. Kamu – Aina Abdul

3. Cak Cak Cekuk – Wani Kayrie

4. Ke Mana Ni – Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik

5. Tak Adil – Aisha Retno

6. Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan

7. Semacam Pandora – Hazama

8. Lemah – Dayang Nurfaizah

9. Nurcinta – Amir Masdi

10. Tiwikarma – K.O.I

AJL40 sekali lagi menghimpunkan nama-nama besar serta bakat baharu industri muzik tempatan dalam persaingan merebut gelaran Juara Lagu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BASS2026-08-14 16:14:07

'Pengumuman Istimewa' Syed Saddiq Dan Bella Astillah 18 Ogos Nanti, Netizen Mula Berteka-Teki

The post Keputusan Penuh AJL40: K.O.I Dinobat Juara, Bawa Pulang RM100,000 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved