
KUALA LUMPUR – Perkongsian seorang pengguna Threads mengenai pengalaman bekerja syif malam di sebuah hospital mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutama mereka yang pernah melalui situasi serupa.
Menerusi satu lagi hantaran di akaun Threads @ajwaaaadd, individu tersebut berkongsi kejadian pelik yang dialaminya ketika bertugas pada waktu malam.
Menurutnya, suasana ketika itu sangat sunyi sebelum dia dikejutkan dengan bunyi lagu yang tiba-tiba dimainkan dari arah pejabat belakang sekitar jam 2 pagi.
“Okay geng macam biasa part 2, ni time shift malam jugak. Sepanjang malam tu memang sunyi, tiba-tiba jam 2 pagi lebih aku dengar lagu pasang dekat ofis belakang.
“Aku pun fikir, eh ada orang ke. Sekali pergi tengok, monitor tutup tapi lagu pasang,” tulisnya.
Lebih meremangkan, dia memaklumkan bahawa kebiasaannya aplikasi seperti YouTube akan berhenti sendiri selepas beberapa jam tidak digunakan.
“Setahu aku, even YouTube pun akan stop kalau idle 2-3 jam,” katanya sambil menambah kejadian itu adalah pengalaman sebenar ketika bekerja di hospital.
“Ada musim dia…”
Perkongsian tersebut turut dipenuhi pelbagai soalan daripada netizen yang ingin tahu lebih lanjut mengenai kejadian itu.
Menjawab pertanyaan sama ada kejadian seperti itu kerap berlaku, individu berkenaan menjelaskan situasi tersebut tidak berlaku sepanjang masa.
“Ada musim dia. Mostly normal saja, cuma kadang-kadang mungkin nak menyakat,” katanya.
Dalam masa sama, ada juga netizen yang mempersoalkan dari mana datangnya bunyi tersebut.
“Sebab bising dan annoying, itu yang pergi tutup. Tapi buka lampu jugaklah, tak berani gelap,” jelasnya lagi.
Video milik arwah rakan
Individu itu turut memaklumkan bahawa video yang dikongsikan adalah milik arwah rakannya yang pernah diceritakan sebelum ini.
Menurutnya, rakannya itu telah meninggal dunia akibat kemalangan motosikal.
“Al-Fatihah untuk arwah,” katanya ringkas.
Menjawab soalan lain, dia turut menjelaskan lokasi kejadian tersebut berlaku berhampiran tempat arwah rakannya bekerja sebelum ini.
Walaupun ada yang cuba mengaitkan dengan sejarah lokasi hospital berkenaan, individu itu mengakui tidak pasti mengenai perkara tersebut.
“Tak pasti, tapi nama pun hospital kan,” katanya.
Perkongsian itu turut mengundang ramai dalam kalangan petugas syif malam untuk berkongsi pengalaman masing-masing, dengan ada yang mengakui suasana bekerja pada waktu tersebut sememangnya berbeza dan kadangkala mencetuskan rasa seram. – The Malaysian Update
The post “Lagu Tiba-Tiba Berbunyi Jam 2 Pagi” – Pengalaman Shift Malam Di Hospital Undang Seram appeared first on The Malaysian Update.


