“Lain macam” – Azri Iskandar Ditemu Ramah Isu Takde ‘Job’ Tapi Netizen Nampak Benda Lain?

Entertainment
21 Feb 2024 • 1:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tahun lepas, banyak kontroversi yang membelenggu pelakon senior, Azri Iskandar berkenaan perihal rumah tangganya serta perhubungannya selepas bercerai dengan Ellie Suriaty.

Terbaru, sebuah portal hiburan menemu ramah pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu dan bertanya berkenaan isu di mana dia didakwa tidak mendapat tawaran berlakon.

@f8buzz

Azri Iskandar nak belajar berlakon di universiti supaya dapat job? Azri Iskandar tak faham kenapa namanya ditolak stesen tv setiap kali penerbit cadangkan dirinya. #f8buzzhiburan #sembangentertaintment #azriiskandar #tv #tanahkubur

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

“Tawaran ada tapi nama tak lulus. Saya tak rasa sebab kontroversi, kontroversi tu tahun lepas. Saya ada banyak job tahun lepas, cuma tahun ni,” katanya.

Malah, Azri tidak mengatakan yang dia kecewa dengan ketiadaan job tetapi lebih kepada tidak faham mengapa ada stesen TV yang tidak membenarkannya berlakon.

Pelakon senior itu juga sempat berseloroh di mana dia sendiri akan bertanya kepada pihak stesen TV mengapa dia telah ditolak untuk berlakon.

“Kenapa nampak lain?”

Dalam pada itu, ketika interview tersebut dijalankan, netizen terlihat sesuatu yang ‘berbeza’ pada bekas suami Ellie Suriaty itu. Rata-rata netizen berkata dia seperti dalam keadaan separa sedar atau dalam slanga orang muda sekarang ‘kacip’.

Pun begitu, ramai yang merasakan ianya sekadar andaian dan tidak kurang juga mereka yang memuji lakonan Azri Iskandar itu.

image is not available

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Azri ya…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.