Lain Macam Taktik Pengedar Dadah, Guna Dron Hantar Dadah

LocalPolitics
10 Aug 2024 • 4:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar dadah didapati menggunakan dron untuk menghantar dadah ke dalam penjara Tapah, Perak namun cubaan itu berjaya dipatahkan apabila disedari seorang petugas penjara.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Tapah mengesahkan perkara itu

Hasil pemeriksaan susulan laporan dibuat pengadu, polis menjumpai satu beg dobi yang digantung pada dron terbabit," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai satu paket plastik lut sinar yang mengandungi tiga paket plastik berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin.

"Dadah jenis heroin berat kira-kira 122 gram, manakala dua paket plastik lut sinar pula berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 12.9 gram.

"Hasil pemeriksaan awal, modus operandi yang digunakan untuk membawa masuk dadah ke dalam penjara dengan menggunakan dron dari luar negara merupakan kes pertama diterima setakat ini," tambahnya.